Assalamualaikum semua pelawat blog ini,
Maaf sangat2 bagi pelajar2 cikgu sebab cikgu dah lama x update blog ni..Hari ini cikgu akan masukkan semua nota-nota bagi bab yang tertinggal… Tp pada saat ini cikgu x sempat nk bercerita panjang sebab cikgu sangat ‘BUSY’ dengan ‘TESIS’. Lcturer dh mintak full draf 21/06/2013….huhuhu….mcm ni la kehidupan pelajar universiti…Semoga anak2 murid cikgu juga melalui saat ini…heee :)

Pic Austin

 

p/s: gambar yg xder kena mengena tp tringin nk mkan chicken copppppppppppp….tukar2…lamb coppp…euuuuwwww

Nota Ringkas Keseluruhan Bab 2

Daya & Tekanan

Bentuk Soalan Kertas Peperiksaan Fizik

Kertas 1 —-> Soalan yg berbentuk objektif. Hitamkan jawapan atas kertas OMR

Kertas 2 —> Soalan berbentuk subjektif. Contohnya, mcm soalan ulangkaji yang cikgu bagi ari tu… tajuk sama jer masuk…study soalan yg cikgu bagi.

Contoh soalan: Bandingkan jisim kapal P dan kapal Q? Jadi awk kena guna balik ayat dalam soalan…

Contoh jawapan(betul): Jisim kapal P lebih ringan dari jisim kapal Q.
Contoh jawapan (salah): Berat kapal P lebih ringan dari berat kapal Q.

Nampak x perbezaan????? klu soalan tanya jisim, jawab jisim….klu soalan tanya jarak, jawab jarak…..kn mudah tu

Kertas 3 —->Mengenai eksperimen yang kita telah buat dalam makmal. Eksperimen ayunan  bandul, pecutan dan nyah pecutan & inersia… apa yang patu awk buat

1. Kenal pasti pemboleh ubah manipulasi & bergerak balas dalam arahan soalan yang diberikan.

2. Buat jadual untuk mengisi data dari hasil pengiraan.

3. Lakarkan graf…. Ingat x mase kte blaja kt library, cikgu paksa awk semua untuk lukis graf… Macam tu la soalan yang akan keluar.

2.3 Sistem pencernaan manusia

Sistem pencernaan manusia

Ulangkaji Fizik

Soalan 1  Soalan 2   Soalan 3  Soalan 4  Soalan 5

Jawapan Ulangkaji

Soalan yang mungkin keluar dalam peperiksaan(mesti baca):

KERTAS 1

Baca semua dari mula sehingga bab 2.6 Impuls dan Daya Impuls.

KERTAS 2

1. Alat pengukuran ——>> angkup vernier dan tolok skru mikrometer.

2. Eksperimen bandul (dalam buku amali proses sains muka surat 15-18).

Bandul 1  Bandul 2  Bandul 3

3. Eksperimen pecutan dan nyahpecutan (dalam buku amali proses sains

muka surat 29-32).

Troli 1  Troli 2  troli 3   Troli 4

4. Eksperimen hubungan inersia dan jisim (dalam buku amali proses sains

muka surat 36-39).

Inersia 1   Inersia 2  Inersia 3   Inersia 4

5. Tekankan momentum perlanggaran.

KERTAS 3

Mengenai eksperimen:

1. Alat Pengukuran

2. Inersia

dalam soalan yang berkaitan dengan eksperimen biasanya akan ditanya mengenai pemboleh ubah, hubungkait (contoh: Nyatakan hubungan antara m dengan T berdasarkan graf yang telah ditunjukkan?), lukis/lakar graf, dan jalan pengiraan (contoh: Hintungkan luas di bawah graf bagi 4 saat pertama?)

Announcement for 2 Dinamik Only

Kerja Rumah ::::>>> Sila buat kerja rumah dalam buku “process science” muka surat 50 hingga 54 dan hantar pada cikgu pada hari isnin.

push

PLEASE DO IT YOUR HOMWORK MY DEAR!!!!!!!!  Semua orang mempunyai potensi masing-masing…. Hari ini cikgu nak bagi satu kata2 hikmah special untuk anak murid cikgu iaitu ” Paksa diri kerana tiada orang yang dapat tolong kamu melainkan diri sendiri.” Tanpa paksaan tidak akan timbul minat terhadap sesuatu perkara. Di sini cikgu bagi contoh realiti hidup cikgu sendiri. Masa cikgu berumur 15 tahun, cikgu amat lemah dalam mata pelajaran matematik. Guru matematik cikgu sangat risau. Nama guru ckgu ialah cikgu aziz.  Sampai sekarang cikgu ingat beliau sebab beliau buat cikgu jd orang yang berguna. Guru yang yang mengajar cikgu selalu perhatikan cikgu termenung dalam kelas semasa dia sedang mengajar.   Tapi yang pelik bila time habis waktu belajar atau tiada guru dalam kelas, cikgu aktif berbual dan gelak ketawa. Sebenarnya, cikgu ni malas belajar. Perkara yang paling ckgu suka adalah time guru cikgu tidak masuk ke kelas. Cikgu tau sikap awk semua sama je dengan cikgu. Nak dijadikan cerita cikgu selalu dapat “D” dalam ujian matematik. Jadi, guru cikgu mengambil inisiatif dengan memanggil cikgu ke msuk dalam bilik guru dan duduk di sebelah meja guru. Guru cikgu bagi soalan matematik dan suruh cikgu buat sampai siap. Selagi tidak siap, cikgu tidak boleh balik ke asrama. Dulu cikgu tinggal di asrama SMK. TENGKU MAHMUD. Maklumlah duduk jauh dr ibu bapa, jd tiada siapa yang nk nasihat dan marah2. Cikgu rasa bebas. Guru cikgu dapat mengesan kelamahan cikgu dan selalu tunjuk ajar cara yang mudah dalam pengiraan matematik sehingga cikgu ambil exam PMR. Pada mulanya cikgu benci sgt pada guru cikgu sebab suka memaksa cikgu. Tapi bila lama kelamaan guru cikgu tidak panggil cikgu lagi untuk buat 20 soalan matematik, cikgu rasa bosan pulak. Hal ini kerana, guru cikgu nampak peningkatan cikgu dalam peperiksaan. Cikgu berjaya buat pertama kalinya dpt gred “B”. Alangkah gembiranya cikgu pada masa itu. Sejak saat itu cikgu mula berminat sgt2 subjek matematik. Sudah menjadi tabiat cikgu membuat 20 soalan matematik setiap hari. Kalau tak buat soalan matematik sehari, cikgu akan rasa bosan dan tidak lengkap khidupan cikgu pada hari itu. Alhamdulillah, cikgu berjaya dapat gred “A” dalam percubaan dan juga PMR sebenar. Cikgu amat berterima kasih kepada cikgu aziz kerana tanpa guru, cikgu tak akan berjaya sampai tahap ini.

Moral of the story, jadikan membaca dan menulis hobi kamu. Kalau susah sangat, mulakan dengan subjek yang kamu minat. Tidak ada orang bodoh dalam dunia, tetapi cuma ada orang malas jer dalam dunia ini. Zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dan bermakna. Jadi, jangan sia-siakan hidup awk sebagai seorang pelajar. Jangan pula kita sesal di kemudian hari.
mood: rindu zaman persekolahan :(

Dadu pembelajaran

Dadu 1           Dadu 2

Alhamdulillah….setelah bertungkus lumus selama 2 jam lebih, akhirnya dadu pembelajaran yang dibuat olehku air tanganku telah siap….hihi…… apa tujuan aq buat dadu ini? Sebenarnya pensyarahku, En.Zol akan datang observe aq padahari rabu ini…. Jadi, aq nak tunjukkan yang aq adalah guru yang adil dan saksama…..hahahahaha….. mcm mana nk tunjukkan sikap adil tu?? mcm ni caranya….mula2 aq lebelkan setiap kumpulan dengan no. 1 – no.6..mmg cukup la dgn no. dadu tu….then, aq buat buat 2 cara, 1 cabutan untuk nombor soalan n 1 lagi cabutan untuk nombor kumpulan untuk tulis jawapan mereka di papan putih….adil x? Ermmm, klu nk harapkan diaorang ‘volunteer‘, sah2 la diaorang tak datang depan kelas…..semuanya tunduk spya cikgu tak panggil diaorg ke depan..lebih kurang mcm aq dulu2 la…hee… Cukup la sampai di sini shaja….sajer je mencoret untuk menghilangkan rasa bosan terperap di bilik seharian…make sure, esk aq mesti keluar dari kepompong…toing…toing.. Hopefully, everything will goes smoothly for that day :)

:::Gud Nite:::

::::Coretan Cikgu Ayu::::

Solar Boat Project

adik     sijil tilawah

My loving sister…comel kn? Ramai kata muka dia mcm aq….Bdk ni mengikut jejak langkah kakaknya….. dia kata “Nak lawan along. along cuma sampai peringkat daerah. Eja akan sampai peringkat negeri.” Hari tu dia dapat tempat ke-3 tilawah Al-Quran peringkat zon. Dah kira ok la 2 sbb dia tingkatan 1 lawan dengan bdk2 tingkatan 4 & 5……Suaranya, adik ja merdu..suka sangat menyanyi lagu Najwa Latif..klon Najwa Latif katakan..Semoga mengaji pun mcm 2 juga..heee…  ‘Gud Luck Dear’

2.4 Momentum