Masuk sahaja semester terakhir di UKM, aku mengalami situasi dan pengalaman baru yang tidak pernah aku lalui selama ini. Aku perlu menjalani praktikal selama 4 bulan di SMK. Dato Abu Bakar Baginda, Sungai Merab.

“Assalamualaikum Cikgu”

“Terima Kasih Cikgu”

Inilah ungkapan yang sentiasa didengari semasa aku berada dalam pagar sokolah. Aku bergelar seorang guru. kadang-kadang macam tak percaya pun ada. Rasa baru habis SPM (Prasan muda katakan). Macam-macam perasaan yang menjengah ke dalam fikiranku. Aku merasa tidak bersedia untuk memberi ilmu kepada pelajar kerana rasa diri ini masih lagi kekurangan ilmu di dada.  Ada rasa kurang yakin untuk berdiri di hadapan kelas, rasa malu dan segan, berdebar semasa mengajar dan macam-macam lagi.

Pada hari pertama menjalani praktikal, kami diberi satu tempat khas yang dinamakan “Bilik Guru Kedua”. Hal ini kerana bilik guru yang sebenar tidak mempunyai ruang yang mencukupi dan guru praktikum yang menjalani praktikal di sekolah itu ramai iaitu sebanyak 19 orang dari pelbagai universiti. 7 orang dari UKM, 4 orang dari UPM, 2 orang dari UiTM dan 6 orang dari UPSI. Bilik guru kedua ini baru dibuka semasa kehadiran kami. Dalam bilik guru itu mempunyai 10 buah meja besar dan kerusi. Suasana dalam bilik guru itu kurang cantik pada hari itu kerana tidak dihiasi. Kami guru praktikal bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan bilik itu. Ini satu pengalaman baru dalam hidupku kerana sambil bergotong-royong, kami cuba mengenali antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, kami cuba mengeratkat silaturrahim. Kami mengambil masa selama 3 hari untuk memasang langsing, tikar getah, alas meja, renda pada meja dan hias board.

Di hadapan bilik guru terdapat kelas 4 gigih. Aku memerhatikan pelajar-pelajar kelas itu melalui pintu bilik guru. Pada mulanya, aku sangkakan tiada cikgu di dalam kelas tersebut sebab kebanyakkan pelajar bergurau-senda, membuat bising dan juga tidur. Tapi sebenarnya guru mereka sendiri tidak dapat mengawal anak muridnya. Maka, keluarlah andaian awal dari otak aku bahawa mereka ini kurang dari segi akhlaknya. Maklumlah, mereka boleh memekik dalam kelas sedangkan guru sedang mengajar di hadapan kelas. Timbul rasa gerun dan takut. Tambahan pula pengetua sekolah itu telah pesan kepada kami semua bahawa kita sekarang sedang mengajar pelajar-pelajar generasi-Z, generasi yang sukar untuk dikawal.

Pada minggu pertama, aku diberi jadual kelas mengajar dan juga guru pembimbing. Aku sangat teruja kerana aku cuma mengajar untuk 9 waktu  sahaja. Sepatutnya, minimum masa pengajaran ialah 12 waktu. Pensyarah aku kata ‘Untunglah awak dapat sikit je, tapi jangan bagitau org lain tau….heeee’.  Sungguh sporting pensyarahku ini. Berbalik kepada jadual, aku perlu mengajar subjek “Sains Tingkatan 2” dan “Fizik Tingkatan 4”. Guru pembinbing bagi subjek sains ialah Cikgu Suzila dan guru pembimbing bagi subjek Fizik ialah Cikgu Azizah. Sungguh selesa kerana kedua-duanya perempuan. Kiranya, senang untuk aku berbincang dan bertanya banyak soalan. Pada awal minggu pertama, aku tidak mula mengajar tetapi aku mengikut guru pembimbing ke kelas mereka kerana ingin melihat cara dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

bersambung……………………………………………………………….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s