Kerja Rumah ::::>>> Sila buat kerja rumah dalam buku “process science” muka surat 50 hingga 54 dan hantar pada cikgu pada hari isnin.

push

PLEASE DO IT YOUR HOMWORK MY DEAR!!!!!!!!  Semua orang mempunyai potensi masing-masing…. Hari ini cikgu nak bagi satu kata2 hikmah special untuk anak murid cikgu iaitu ” Paksa diri kerana tiada orang yang dapat tolong kamu melainkan diri sendiri.” Tanpa paksaan tidak akan timbul minat terhadap sesuatu perkara. Di sini cikgu bagi contoh realiti hidup cikgu sendiri. Masa cikgu berumur 15 tahun, cikgu amat lemah dalam mata pelajaran matematik. Guru matematik cikgu sangat risau. Nama guru ckgu ialah cikgu aziz.  Sampai sekarang cikgu ingat beliau sebab beliau buat cikgu jd orang yang berguna. Guru yang yang mengajar cikgu selalu perhatikan cikgu termenung dalam kelas semasa dia sedang mengajar.   Tapi yang pelik bila time habis waktu belajar atau tiada guru dalam kelas, cikgu aktif berbual dan gelak ketawa. Sebenarnya, cikgu ni malas belajar. Perkara yang paling ckgu suka adalah time guru cikgu tidak masuk ke kelas. Cikgu tau sikap awk semua sama je dengan cikgu. Nak dijadikan cerita cikgu selalu dapat “D” dalam ujian matematik. Jadi, guru cikgu mengambil inisiatif dengan memanggil cikgu ke msuk dalam bilik guru dan duduk di sebelah meja guru. Guru cikgu bagi soalan matematik dan suruh cikgu buat sampai siap. Selagi tidak siap, cikgu tidak boleh balik ke asrama. Dulu cikgu tinggal di asrama SMK. TENGKU MAHMUD. Maklumlah duduk jauh dr ibu bapa, jd tiada siapa yang nk nasihat dan marah2. Cikgu rasa bebas. Guru cikgu dapat mengesan kelamahan cikgu dan selalu tunjuk ajar cara yang mudah dalam pengiraan matematik sehingga cikgu ambil exam PMR. Pada mulanya cikgu benci sgt pada guru cikgu sebab suka memaksa cikgu. Tapi bila lama kelamaan guru cikgu tidak panggil cikgu lagi untuk buat 20 soalan matematik, cikgu rasa bosan pulak. Hal ini kerana, guru cikgu nampak peningkatan cikgu dalam peperiksaan. Cikgu berjaya buat pertama kalinya dpt gred “B”. Alangkah gembiranya cikgu pada masa itu. Sejak saat itu cikgu mula berminat sgt2 subjek matematik. Sudah menjadi tabiat cikgu membuat 20 soalan matematik setiap hari. Kalau tak buat soalan matematik sehari, cikgu akan rasa bosan dan tidak lengkap khidupan cikgu pada hari itu. Alhamdulillah, cikgu berjaya dapat gred “A” dalam percubaan dan juga PMR sebenar. Cikgu amat berterima kasih kepada cikgu aziz kerana tanpa guru, cikgu tak akan berjaya sampai tahap ini.

Moral of the story, jadikan membaca dan menulis hobi kamu. Kalau susah sangat, mulakan dengan subjek yang kamu minat. Tidak ada orang bodoh dalam dunia, tetapi cuma ada orang malas jer dalam dunia ini. Zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dan bermakna. Jadi, jangan sia-siakan hidup awk sebagai seorang pelajar. Jangan pula kita sesal di kemudian hari.
mood: rindu zaman persekolahan😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s